Cinta Terarah cinta hadir setelah cinta dan menyintai diri cinta hadir setelah menghisab apa ada pada diri cinta terarah bila cinta mengarah dulu pada diri sendiri benar.. cinta hakiki pd tuhan yang Maha mencipta, jua tersangat agung penciptaannya sesekali merenung ke tengah laman riang sekali anak anak kecil bermain tanpa mereka berfikir bahawa keriangan itu hanya pinjaman tidak juga anak kecil, di usia tua juga terkadang ramai yg leka dan masih ketawa tanpa sedar menuding 1 ke depan, sedang 4 menuding pada diri sendiri kata org... terarah pada kebaikan, maka baik lah agaknya memberat ke arah simpang, maka bersimpang jua lah padanya sesungguhnya benar dan amat benar dahi terkadang berat untuk sujud kalau lama di tikar empuk, pantas benar masa beredar kalau lama di tikar sejadah, lama benar waktu berputar kalau mandi, tidak terfikir mungkin ini mandiku yg terakhir sebelum bukan lagi aku yg memandikanku... kalau solat, payah benar terfikir, mungkin ini solatku yg kesekiannya... kalau sujud, berat utk merasa mungkin ini sujudku yg berada dinoktahnya... Benar manusia dilahirkan dr tanah untuk dicintai dan menyintai lahir dr titisan yang hina kalau jatuh ke tanah ayam tidak sudi untuk mematuk itik segan pula untuk menyudu itu lah di katakan air hina namun, dr air hina, diangkat tinggi kemuliaannya untuk menyintai diri sebelum menyintai tuhannya mengenal diri, sebelum mengenal Rab nya Buat makhluk bernama insan kita berjalan pada setiap detik dan masa untuk meninggalkan dunia yg fana agaknya sudah lebih dari separuh perjalanan kita bimbang, gusar, pasti terasa maklum saja, hanya insan biasa,, tiap saat banyaknya dosa sedar atau tidak banyak yg masih terhutang dihitung, dan dihitung lagi tidak terhitung banyaknya Beza 1 Subhanallah, sejauh mana beza antara kita di negeri sana Beza 1 Astaghfirullah, jauh benar jarak kita Sahabat, mati itu benar.. Bersama kita bersedia Menuju keredhaannya Moga ada tempat di sana buat kita abadi di SYURGA.. Aminnn nukilanku buat diri yg daif, jua sahabat semua