Isnin, 23 Ogos 2010

SALAM KAUTHAR ADNI

Kehadiranmu di SYUKURI.... Alhamdulillah,,,,

Selasa, 27 Julai 2010

PENGUCAPAN AWAM, MOTIVASI, KEMAHIRAN BELAJAR, DEBAT DAN PIDATO, ANALISIS SWOT, PANTUN & PUISI

Salam untuk warga pendidik, guru-guru, pekerja sektor kerajaan dan swasta, dan semua yang berminat...

Saya hadir untuk anda
Demi memartabatkan anak-anak Malaysia

Sekadar pengalaman;
  • Debat Ala Parlimen (Peringkat Sekolah, Universiti dan Kementerian)
  • Pidato Kenegaraan (Peringkat Sekolah, Universiti dan Kementerian)
  • Syarahan (Peringkat Sekolah, Universiti dan Kementerian)
  • Ceramah Motivasi (Sekolah di bawah bimbingan Yayasan Kemiskinan Kelantan(YKK), Sekolah-sekolah (Rendah & Menengah di Negeri Kelantan dan Terengganu)
  • Kemahiran Belajar (Study Skill)
  • Peta Minda (Mind Mapping)
  • Jurulatih Ko-kurikulum Pengucapan Awam UiTM
  • Strength, Weaknesses, Opportunity and Threats (SWOT) analysis
  • Fasilitator Modul Pembangunan Pelajar UiTM
  • Pantun dan puisi
Kalau beringin disisi delima
Berteman pula pegaga setia
Kalau ingin berkongsi sama
Lapangkan dada mencipta jaya

Hubungi saya;
Shah, 019-9309966

"Bersama menjejaki 'HERO' dalam diri"


Rabu, 21 Julai 2010

SALAM KAUTHAR ADNI

Alhamdulillah atas kurniaan zuriat ke-2... semoga sentiasa dalam rahmat, peliharaan dan lindunganmu.. Amin

Selasa, 22 Jun 2010

KU BERMOHON


surah An-Nahl: 78-80

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Ku Bermohon

''Ya Allah.. ku mohon segalanya berada dalam kesempurnaan dan lindungan RahmatMu"... Amin

AYAT-AYAT MEMIKAT!!


1) Jika kecantikan itu adalah waktu, kamu adalah keabadian. 2) Boleh tunjukkan saya jalan? Jalan ke hati kamu. 3) Kamu tidak sepatutnya bersolek. Ia melindungi kesempurnaan yang ada pada wajah kamu. 4) Tiada perkataan di dalam kamus yang dapat menterjemahkan kejelitaan kamu, 5) Ada sesuatu yang tidak kena pada telefon bimbit saya. Ia tidak menyimpan nombor telefon kamu. 6) Saya kehilangan nombor telefon saya. Boleh beri nombor telefon anda? 7) Tentu ada masalah dengan mata saya kerana ia tidak boleh berhenti daripada melihat kamu. 8) Jika kamu adalah air mata, saya tidak akan menangis walau sekalipun kerana tidak mahu kehilangan kamu. 9) Oh tidak...gigi saya sakit. Kerana kamu terlalu manis... 10) Kamu seperti magnet kerana saya tertarik merapati diri kamu.

DI MANAKAH NILAI IBADAHKU?


Salam Ukhuwah untuk sahabat..

Sekian lama tidak melayari blog 'pencari wadah suci' ini,, hari ini agak free.. maka bolehlah kiranya aku menitipkan sedikit nukilan, sekadar untuk renungan...

Setiap hari solat, setiap hari bekerja, setiap hari sedikit ibadah.. terkadang terfikir sejauhmanakah nilai ibadahku disisiNya? Bila dengar akan ceramah dan tazkirah, banyak sungguh ibadah yang tidak sempurna dan tatacaranya ibadahku yang aku sendiri ragukan... Namun, nekad untuk aku sendiri perbetulkan sedikit demi sedikit,,,insyaAllah akan ku selalu perbetulkan...

Aku bermohon denganMu agar diterima nilai ibadahku yang tidak seberapa ini... moga ada tempat disisiMu..

"Tuhanku,,,aku tidak layak,,,untuk syurgamu,,,namun tak pula aku sanggup ke nerakamu, terima taubatku, kau ampunkan dosa-dosaku,,sesungguhnya Kau Maha Pengampun,,, Dosa-dosa Besar....."

"Dalam ibadah, berilah seluruh jiwa dan raga untukknya"...

Salam; Pencari Wadah Suci

Isnin, 15 Mac 2010

anakanda sayang

dah lama sgt tak masuk kat blog ni..huhu.. xpe la,,now abh nukilkan skit kata-kata perangsang buat anakanda tersayang..

" Membesarlah anak,, seiring bimbingan abah & umie,, semoga Tuhan kabulkan setiap rangkai doa buat anak abah.. dalam usia yang berlari dari saat ke saat.. sudah pasti abah& umie turut tidak terlepas dari rasa gusar dan bimbang,, kekalutan dunia yang makin mendomba dan meracau setiap langkah kita,,

namun anak,, hanya yang terbaik diharapkan.. diiring dgn usaha, bimbingan dan doa.. semoga anak dipandu dengan langkah-langkah cahaya...

Sedari rahim ibu mengharapkan yang terbaik,buat kita bersama... "