Cinta Terarah
cinta hadir setelah cinta dan menyintai diri
cinta hadir setelah menghisab apa ada pada diri
cinta terarah bila cinta mengarah dulu pada diri sendiri
benar..
cinta hakiki pd tuhan yang Maha mencipta, jua tersangat agung penciptaannya
sesekali merenung ke tengah laman
riang sekali anak anak kecil bermain
tanpa mereka berfikir bahawa keriangan itu hanya pinjaman
tidak juga anak kecil, di usia tua juga terkadang ramai yg leka
dan masih ketawa tanpa sedar
menuding 1 ke depan, sedang 4 menuding pada diri sendiri
kata org...
terarah pada kebaikan, maka baik lah agaknya
memberat ke arah simpang, maka bersimpang jua lah padanya
sesungguhnya benar dan amat benar
dahi terkadang berat untuk sujud
kalau lama di tikar empuk, pantas benar masa beredar
kalau lama di tikar sejadah, lama benar waktu berputar
kalau mandi, tidak terfikir mungkin ini mandiku yg terakhir
sebelum bukan lagi aku yg memandikanku...
kalau solat, payah benar terfikir, mungkin ini solatku yg kesekiannya...
kalau sujud, berat utk merasa mungkin ini sujudku yg berada dinoktahnya...
Benar
manusia dilahirkan dr tanah
untuk dicintai dan menyintai
lahir dr titisan yang hina
kalau jatuh ke tanah
ayam tidak sudi untuk mematuk
itik segan pula untuk menyudu
itu lah di katakan air hina
namun, dr air hina, diangkat tinggi kemuliaannya
untuk menyintai diri sebelum menyintai tuhannya
mengenal diri, sebelum mengenal Rab nya
Buat makhluk bernama insan
kita berjalan pada setiap detik dan masa
untuk meninggalkan dunia yg fana
agaknya sudah lebih dari separuh perjalanan kita
bimbang, gusar, pasti terasa
maklum saja, hanya insan biasa,, tiap saat banyaknya dosa
sedar atau tidak
banyak yg masih terhutang
dihitung, dan dihitung lagi
tidak terhitung banyaknya
Beza 1 Subhanallah, sejauh mana beza antara kita di negeri sana
Beza 1 Astaghfirullah, jauh benar jarak kita
Sahabat, mati itu benar..
Bersama kita bersedia
Menuju keredhaannya
Moga ada tempat di sana
buat kita
abadi di SYURGA.. Aminnn
nukilanku buat diri yg daif, jua sahabat semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan