Selasa, 22 Jun 2010

KU BERMOHON


surah An-Nahl: 78-80

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Ku Bermohon

''Ya Allah.. ku mohon segalanya berada dalam kesempurnaan dan lindungan RahmatMu"... Amin

AYAT-AYAT MEMIKAT!!


1) Jika kecantikan itu adalah waktu, kamu adalah keabadian. 2) Boleh tunjukkan saya jalan? Jalan ke hati kamu. 3) Kamu tidak sepatutnya bersolek. Ia melindungi kesempurnaan yang ada pada wajah kamu. 4) Tiada perkataan di dalam kamus yang dapat menterjemahkan kejelitaan kamu, 5) Ada sesuatu yang tidak kena pada telefon bimbit saya. Ia tidak menyimpan nombor telefon kamu. 6) Saya kehilangan nombor telefon saya. Boleh beri nombor telefon anda? 7) Tentu ada masalah dengan mata saya kerana ia tidak boleh berhenti daripada melihat kamu. 8) Jika kamu adalah air mata, saya tidak akan menangis walau sekalipun kerana tidak mahu kehilangan kamu. 9) Oh tidak...gigi saya sakit. Kerana kamu terlalu manis... 10) Kamu seperti magnet kerana saya tertarik merapati diri kamu.

DI MANAKAH NILAI IBADAHKU?


Salam Ukhuwah untuk sahabat..

Sekian lama tidak melayari blog 'pencari wadah suci' ini,, hari ini agak free.. maka bolehlah kiranya aku menitipkan sedikit nukilan, sekadar untuk renungan...

Setiap hari solat, setiap hari bekerja, setiap hari sedikit ibadah.. terkadang terfikir sejauhmanakah nilai ibadahku disisiNya? Bila dengar akan ceramah dan tazkirah, banyak sungguh ibadah yang tidak sempurna dan tatacaranya ibadahku yang aku sendiri ragukan... Namun, nekad untuk aku sendiri perbetulkan sedikit demi sedikit,,,insyaAllah akan ku selalu perbetulkan...

Aku bermohon denganMu agar diterima nilai ibadahku yang tidak seberapa ini... moga ada tempat disisiMu..

"Tuhanku,,,aku tidak layak,,,untuk syurgamu,,,namun tak pula aku sanggup ke nerakamu, terima taubatku, kau ampunkan dosa-dosaku,,sesungguhnya Kau Maha Pengampun,,, Dosa-dosa Besar....."

"Dalam ibadah, berilah seluruh jiwa dan raga untukknya"...

Salam; Pencari Wadah Suci