Selasa, 30 Disember 2008

DOA BUAT UMAT DI PALESTIN

Beribu
nyawa telahpun menjadi makanan peluru Yahudi dan Israel. Yang masih tinggal,
terus berjuang untuk terus hidup, mengharap belas dan ihsan dari yang lain.
Apalah nasib mereka, besar benar ujian dari Allah buat mereka.

Semoga
Allah menyelamatkan mereka dari tangan-tangan jahat mereka. Dari kita yang tidak
berdaya, hanya doa yang mampu dipanjatkan.

Salam Tahun Baru Masihi 2009

"yes!! we are in glory in our battlefield!!"
Setahun sudah berlalu, bermakna setahun umurku bertambah, dan makin hampir dengan hari kematian... wow! biasa la.. manusia biasa, ada nilai ketakutan jugak dalam hati.. maklum la, sejauh mana persediaan dalam amalan.. Harta berjuta, di singgahsana mana pun berada, saat kematian tidak pernah mungkir pada janjinya, Sesaat lebih cepat atau sesaat lebih lambat.

Teringat plak pada lagu selimut putih.huhu.. teringat gak kat pementasan Sakaratulmaut yang selalu jugak dipentaskan.. begitu lah kita akan disoal, namun sebelum disoal, saat kematian perlu ditempuh. Ada sesetengah orang, amat tenang wajahnya selepas dimandikan. Ada sesetengahnya, sedikit berkerut. Allah memberi pesan dan khabar awal buat yang masih hidup. Bagaimana lah nasib aku pula? Semoga Allah memudahkan segala-galanya... Aminnnn!!

Buat sahabatku, dalam kegembiraan setiap hari, ingat jugaklah saat-saat kematian. Bukan lah berkhutbah, sekadar mengingatkan diri sendiri, apa salahnya mengingatkan sahabat-sahabat jugak.

Sama-sama membetulkan diri demi kebaikan bersama.

Sabtu, 27 Disember 2008

Salam dan Salawat buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Berselawatlah ke atas baginda.. baginda lah utusan yang menyuluh kehidupan, penunjuk jalan dan panduan dari Allah..

Penghinaan ke atas Baginda adalah amat keji,, semoga dijauhkan dari perkara yang dilaknat..
Muhammad Nabiku...

Selasa, 23 Disember 2008

SaLam taHun Baru HijrAh

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk terus menyedut udara segar hari ini. Persoalannya,apa azam tahun baru? apa yg masih belum tercapai lagi? agaknya bila nk jadi kaya?huhu... best gak kalau selalu dengar ungkapan-ungkapan dan persoalan begini kan?
namun sedikit kita terlupa, tahun baru menandakan kita makin hampir dengan kain putih, pengusungan, jua Izrail! Aduh!Malas nak fikir.. nanti terkedu segala yg dirancang.. namun itu lah hakikat dan ketentuan, agar manusia sentiasa bersedia untuk berada di pembaringan yang tak siapa tahu baik atau sebaliknya keadaan ketika itu. Belum lagi setelah ditinggalkan tujuh langkah oleh pengiring ke kubur. Bangkitlah dari terus dibelenggu dosa. Kerna dosa silam tidak terhitung, kita mengharap dari amal dan ihsanNya.Semoga ada tempat di alam ke EMPAT di sana.

Sekadar mengingati diri yang terlalu kerdil dari lari dari kesilapan, pasrah dalam kudus doa tulus.

Isnin, 22 Disember 2008

sEtiaP dETik BersaMa AnuGerah dari Maha Kuasa

Detik demi detik,aku masih diberi nikmat Islam, Iman dan Ihsan dari yang Maha Penyayang. Detik ini masih bernafas kerana diberikan lagi peluang untuk aku terus menyedut udara segar yang tak pernah aku lihat, cuma sekadar merasa dan menikmati. Alhamdulillah, syukur, atas setia gerak tarik dan lepas nafas ini.. Alhamdulillah,, Maha suci Tuhan atas anugerah ini.

Ibu demam di rumah... sekali lagi mengajar aku erti bersyukur atas sedikit rasa demam itu. Tanda dan bukti Allah sayang kan ibu ku..

Buat sahabat, semalam, hari ini dan esok adalah adalah hari untuk terus bersyukur. Bersyukur tanda 'DIA' adalah pencipta & penentu segalanya... Ucaplah kalimah Allah setiap detik di hati kita walau di mana jua berada.. Semoga Allah bersama kita..

Salam ukhuwah buat semua

Ahad, 21 Disember 2008

PERJUANGAN BUAT ANAK BANGSA

Salam buat semua..

Sesungguhnya benar, dalam mencari kemanisan, kepahitan harus dahulu bertandang.. kalau inginkan rasa kasih dan dikasih, mengasihi dahulu perlu dihulur.. mencari semangat dalam diri adalah sukar, apatah lagi bila terkadang semangat itu jatuh dalam wajah yang amat payah diterjemah.

'Hero' ada dalam diri kita. Adakalanya, wajah mangsa pula datang menjelma. Namun, kita dianugerahkan rasa dan kuasa untuk menentukan, kerana kuasa yang dipinjamkan pada kita adalah kuasa dari rasa kerendahan. Kalau merasa kerendahan itu, maka kuasa itu adalah 'benar'..kalau sebaliknya, entah!!

Maka, wahai diri kita.. bangkitlah untuk meredah sedikit kepahitan, bermusafirlah untuk mencari kedamaian dan kemenangan, kemenangan yang bukan untuk dibangga, tapi sekadar menginsafi jua. Semoga sedikit rasa kuasa yang diberikan pada diri kita, belayar pada jalan dan susurnya..yang suci abadi..

Salam buat semua