"yes!! we are in glory in our battlefield!!"
Setahun sudah berlalu, bermakna setahun umurku bertambah, dan makin hampir dengan hari kematian... wow! biasa la.. manusia biasa, ada nilai ketakutan jugak dalam hati.. maklum la, sejauh mana persediaan dalam amalan.. Harta berjuta, di singgahsana mana pun berada, saat kematian tidak pernah mungkir pada janjinya, Sesaat lebih cepat atau sesaat lebih lambat.
Teringat plak pada lagu selimut putih.huhu.. teringat gak kat pementasan Sakaratulmaut yang selalu jugak dipentaskan.. begitu lah kita akan disoal, namun sebelum disoal, saat kematian perlu ditempuh. Ada sesetengah orang, amat tenang wajahnya selepas dimandikan. Ada sesetengahnya, sedikit berkerut. Allah memberi pesan dan khabar awal buat yang masih hidup. Bagaimana lah nasib aku pula? Semoga Allah memudahkan segala-galanya... Aminnnn!!
Buat sahabatku, dalam kegembiraan setiap hari, ingat jugaklah saat-saat kematian. Bukan lah berkhutbah, sekadar mengingatkan diri sendiri, apa salahnya mengingatkan sahabat-sahabat jugak.
Sama-sama membetulkan diri demi kebaikan bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan