Salam buat semua..
Sesungguhnya benar, dalam mencari kemanisan, kepahitan harus dahulu bertandang.. kalau inginkan rasa kasih dan dikasih, mengasihi dahulu perlu dihulur.. mencari semangat dalam diri adalah sukar, apatah lagi bila terkadang semangat itu jatuh dalam wajah yang amat payah diterjemah.
'Hero' ada dalam diri kita. Adakalanya, wajah mangsa pula datang menjelma. Namun, kita dianugerahkan rasa dan kuasa untuk menentukan, kerana kuasa yang dipinjamkan pada kita adalah kuasa dari rasa kerendahan. Kalau merasa kerendahan itu, maka kuasa itu adalah 'benar'..kalau sebaliknya, entah!!
Maka, wahai diri kita.. bangkitlah untuk meredah sedikit kepahitan, bermusafirlah untuk mencari kedamaian dan kemenangan, kemenangan yang bukan untuk dibangga, tapi sekadar menginsafi jua. Semoga sedikit rasa kuasa yang diberikan pada diri kita, belayar pada jalan dan susurnya..yang suci abadi..
Salam buat semua
hidup abg shah !!! huhuhu
BalasPadam