Penangan politik hari ini adalah antara yang paling memberi kesan dalam senario semasa negara. Kalau sebelum ini tidak pernah terdengar ada 2 MB bekerja dlm satu masa dan Sultan disanggah sedemikian rupa. Namun tidak hari ini. Rakyat kita semacam sudah hilang hormat pada Sultan dan Raja. Emosi melampau sehinggakan sanggup maruah diri, agama dan negara tergadai.
Dalam persekitaran hari ini, agaknya segelintir dari orang2 kita suka kepada Demonstrasi melampau. Suka kepada keadaan kucar kacir. Malah mereka yang menganggap diri sebagai profesional dan matang juga hanyut dengan bisikan emosi yang banyak mengajak kepada perkara2 yg tak patut. Bila dikatakan mereka semacam dirasuk, melenting tak pasal2. Malah banyak pulak cerita yg kuar dari mulut mereka, kononnya menjaja yang orang itu yang salah dan orang ini yang salah.
"Kenapa tidak menasihati pemimpin, agar turun padang, mengajak fanatik agar jgn buat benda2 yang tak patut dan memalukan??
Biarlah tindakan tu secantik apa yang ditunjukkan secara zahir dan dianggap oleh orang lain..!!"
Malah, terus2an 'membawa mulut' setiap kali mengulas isu yang dipaparkan dalam akhbar2 tempatan. Kalau sekadar nak mengutuk dan menyokong perkara2 yang bacul dan tidak profesional, baik jgn baca la apa yg ditulis. Lebih baik diam dari mengeluarkan perkataan yang nampak sangat yg u tu tak professional. Kadang2 tak sesuai ngan imej yang dibawa.
Rupanya banyak yg boleh diulas dengan pengan politik semasa. Telah nampak siapa yang tak profesional dan siapa yang berjuang ikut emosi dan pemikiran yang kurang waras.
"PROFESIONAL ADALAH SEBENARNYA PROFESIONAL. BERMULA DARI SEKECIL PERKARA SAMPAI KPD SEBESAR2 PERKARA. EMOSI ADALAH PERIBADI. BAHAGIA SUNGGUH APABILA BERTINDAK DENGAN EMOSI.. PUAS DAN AMAT PUAS!! NAMUN, BIARLAH IA BERLAPIK DENGAN ADAT DAN SUSILA, AGAR KEPUASAN ITU TIDAK MENJADI HINA DI MATA ORANG YANG MEMANDANG."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan