Khamis, 26 Mac 2009

rindunya ngan iliya

abah rindu sungguh kat iliya.. huhu. tak sabar dh nak tgk anak.. dh sminggu x tgk anak.agaknya dh bulat (umie dia ckp!!).. mak mertua pun ada kt rumah, xsabar gak nk jumpa..hehe...

"lalala... riang hatiku.."

Rabu, 25 Mac 2009

Perhimpunan Agung UMNO

'Semoga Perhimpunan ini memberikan keinsafan kepada seluruh Ahli UMNO'. Kepada pemimpin, jgn sekadar bergegar berhujah di pentas, tapi hambar di padang lawan.. hambar jua dlm ruang lingkup masyarakt.... Tiada guna mebnagunkan jutaan bangunan bersifat intelek, kalau kerendahan hati dlm kehidupan bermasyarakat tidak dituai bersama.. "

Rakyat mengiktiraf, malah menyanjung tinggi budi pekerti dan janji yg ditunai,yang bukan berlandas kpd ingin menunjuk2, nampak hebat hanya di dewan!! Dekatkan diri dengan pengundi, selesaikan masalah mereka semaksimum mungkin.. bukan sebaliknya, susah sgt nak bersua muka..

sekadar nasihat sesama insan, yg cinta kan kedamaian, bencikan perbalahan,suka perdamaian, bencikan perbalahan,

Peneliti hari pertama perhimpunan Agung UMNO

'Dahulukan kebajikan rakyat", " Kurangkan bercakap, banyakkan bertindak dan berbudi", & "Diri dekat, Hati erat"

Selasa, 24 Mac 2009

Kasih sayang kita dari Maha Pencipta

Buat yg tersayang & Sahabatku sekali,

kasih sayang yang kita benih sedari kecil hingga lh ke saat ini (Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk bernyawa), kasih sayang antara kita hanya lah pinjaman dari Allah untuk kita lebih mengeratkan hubungan pd ketika masih hidup di bumi ini. Kesucian kasih sayang antara kita, sudah tentulah Lambang Kesempurnaan kasih sayang Allah.

Kasih Allah pd Muhammad saw, sehingga meletakkan 'kamil' dan diangkat darjat Nabi, jauh dari dosa jua jauh dr terdetik dr dosa. Penyempurnaan cinta adalah menyempurnakan siapa yang dicinta. Begitu lah hakikat, cinta sesama manusia dan insan, berusaha lah untuk memberi cinta, bukan untuk memiliki, berusaha lah untuk memberikan kebaikan dan dekat dengan kesempurnaan kepada siapa yang dikasihi dan dicintai (kerna kesempurnaan hanya milik Allah, dan Rasul adalah insan hampir sempurna).

Insan berangkat dari pelabuhan hati yang kosong dan gersang, ke satu arah yang makin hari makin terisi oleh segala macam pengisian. antaranya yg paling utama dan pertama adalah titik ' god spot' atau ' gos contiousness' dalam hati manusia. Walau apa jua agama yg ada di muka bumi ini, titik itu pasti ada, Ini lah yg dikatakan sebagai cinta agung yg sentiasa meletakkan 'god contious' sbg benteng kukuh dr melakukan perkara yg menyimpang. Sudah pasti, cinta insan, dtg dr cinta Allah yg maha agung!!

Buat sahabat dan adik2, kini semakin hr semakin manusia khayal dlm noda cinta. Jarang sekali cinta yang tidak bersua muka, tidak berhayun tgn, tidak menyentuh antara bukan muhrim, dihargai dan dirindui. Sebaliknya, kalau bersentuh, dikata 1 kelebihan dan keistimewaan...Wanita suci, wanita yg mengharamkan lelaki bukan muhrim menyentuhnya.. wanita sempurna adalah wanita yang sentiasa bersujud hatinya pada Rabb Jalil dengan bercita2 utk memiliki cinta lelaki yang abadi pd lunas-lunas kebaikan dan ketaatan. Cinta rakus adlh cinta gila yang sentiasa melihat kpd kepuasan sementara, kenikmatan yang cuma beberapa detik,, terpulang.. tepuk dada, tanya IMAN..

Bangunkanlah bibit-bibit cinta yg diredhai, bagai Muhammad membajai cintanya bersama Khadijah dan Aisyah, Cinta Adam dan Hawa, Zulaikha dan Yusof..
Remaja yg sedang bergelora, jgn sempitlah istilah cinta.. cinta abadi, cinta Rabbul Jalil.

Sekian,sekadar falsafah cinta..

Isnin, 16 Mac 2009

Alhamdulillah

Salam kasih buat semua

Kelahiran dan Kehadiran anak pompuanku "Salam Kamilia Awatif" pada 12 Rabiul Awal bersamaan 9.3.2009 (Isnin) disambut dengan penuh rasa kerendahan hati dan kesyukuran.

Alhamdulillah atas segala kesempurnaan dan anugerah dari Allah ini. Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, tarikh ini sama dengan tarikh kelahiran nabi,, hari pula jatuh pada hari Isnin,, bertambah kesyukuranku padaNya..

Isteri juga Alhamdulillah, sihat Walafiat..terima kasih tidak terhingga buatmu sayang!! sEmoga kita lebih bahagia dan bersama buat selamanya..

Apa pun, anak adalah amanah besar dari Allah, dia bagaikan kain putih yang menanti bagaimana agaknya corak yang akan dilakarkan kedua ibubapanya.. banyak sekali doa2 yang dianjurkan, panduan mendidik yang diajar agar anak kita menjadi anak soleh, beriman dananak yg berbakti kepada kedua ibu bapa,, begitu jua lah harapan ku pada anak yang dilahirkan,, InsyaAllah, semoga Allah membimbingku dan isteriku dalam mendidik anakku ini..

"Anak2 adalah permata buatmu... sayangilah dengan didikan yang baik, asuhilah dengan tuturkata yang baik, bimbingilah dengan tindakan yang baik..."

semoga ILIYA sihat dan ceria selalu dengan Umie di rumah... weekend ni abah balik,, ;-), sayang Iliya!!

Selasa, 3 Mac 2009

BersabarLah sayanG!!


bersabar lah syg ku... semoga diMudahkan seGalanya...
Aminnnnnn
"Now, the season begin!!"


bosan ngan isu sms

kdg2 aku bosan gak ngan isu2 semasa kat media skrg... iye la.. semacam dh takde isu lain dah..
dan sgt best bila dpt baca komik + mjlh hiburan.. huhu...tengok kes norman + mimey... kes artis / selebriti kawin express..huhu (ye la.. mana taknye, at least, boleh gak kuar dr kemelut politik dan perbalahan semasa)!!

Alhamdulillah, hari ni dh siap satu kertas perbentangan, kerjasama ngan pensyarah aku,,, huhu.. cam bangga gak la.. tp yg merisaukan, aku ke yg kn bentang kat seminar tu nnt??? huhu.. berdebar perut gak la... SEMANGAT2!! Maklum la, br setahun jagung dlm dunia penulisan, banyak yg xth, perkara biasa dlm hidup sebelm melangkah lebih jauh.

"sEbenarnya seMangat Lair dari Kita, diri Kita dan Diri Org di sekeLiling Kita,, pemberi semanGat yg Maha Agung, sudah Tentu satu2nya Allah Maha Kuasa.. " Aku hidup berpaksi semaNgaT dan Doa, berSulam Azam, dan kesunGguHan..TerusKan dan Percaya DenganNya yang Maha Pemudah Jalan bg yg BerusAhA...""

Salam buat semua sahabatKu...