Isnin, 11 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU



Buat ibu tersayang;
Puan Rubiah Bt Mamat
Puan Hasnah Bt Mahmud
Puan Ramlah

' Semoga Bahagia dan Sejahter Dunia Akhirat'

Selasa, 21 April 2009

Salam Kamilia Awatif 'Keagungan Bunga yg Sejahtera'..

Ini lah wajah anakanda tersayang...

Buah hati pengarang jantung...
doa abah & umie buat iliya tersayang...
Semoga sihat sejahtera, dan menjadi anak yg solehah.. berjaya dunia akhirat..

Isnin, 20 April 2009

Berbicara lagi soal cinta..

Cinta Terarah

cinta hadir setelah cinta dan menyintai diri
cinta hadir setelah menghisab apa ada pada diri
cinta terarah bila cinta mengarah dulu pada diri sendiri
benar..
cinta hakiki pd tuhan yang Maha mencipta, jua tersangat agung penciptaannya

sesekali merenung ke tengah laman
riang sekali anak anak kecil bermain
tanpa mereka berfikir bahawa keriangan itu hanya pinjaman
tidak juga anak kecil, di usia tua juga terkadang ramai yg leka
dan masih ketawa tanpa sedar
menuding 1 ke depan, sedang 4 menuding pada diri sendiri

kata org...
terarah pada kebaikan, maka baik lah agaknya
memberat ke arah simpang, maka bersimpang jua lah padanya

sesungguhnya benar dan amat benar
dahi terkadang berat untuk sujud
kalau lama di tikar empuk, pantas benar masa beredar
kalau lama di tikar sejadah, lama benar waktu berputar
kalau mandi, tidak terfikir mungkin ini mandiku yg terakhir
sebelum bukan lagi aku yg memandikanku...
kalau solat, payah benar terfikir, mungkin ini solatku yg kesekiannya...
kalau sujud, berat utk merasa mungkin ini sujudku yg berada dinoktahnya...

Benar
manusia dilahirkan dr tanah
untuk dicintai dan menyintai
lahir dr titisan yang hina
kalau jatuh ke tanah
ayam tidak sudi untuk mematuk
itik segan pula untuk menyudu
itu lah di katakan air hina
namun, dr air hina, diangkat tinggi kemuliaannya
untuk menyintai diri sebelum menyintai tuhannya
mengenal diri, sebelum mengenal Rab nya

Buat makhluk bernama insan
kita berjalan pada setiap detik dan masa
untuk meninggalkan dunia yg fana
agaknya sudah lebih dari separuh perjalanan kita
bimbang, gusar, pasti terasa
maklum saja, hanya insan biasa,, tiap saat banyaknya dosa
sedar atau tidak
banyak yg masih terhutang
dihitung, dan dihitung lagi
tidak terhitung banyaknya

Beza 1 Subhanallah, sejauh mana beza antara kita di negeri sana
Beza 1 Astaghfirullah, jauh benar jarak kita
Sahabat, mati itu benar..
Bersama kita bersedia
Menuju keredhaannya
Moga ada tempat di sana
buat kita
abadi di SYURGA.. Aminnn

nukilanku buat diri yg daif, jua sahabat semua

Ahad, 19 April 2009

phd?


phd,,phd,,phd,, angan2 tu ade,,, tp bila? (persoalan utk diriku)

Khamis, 26 Mac 2009

rindunya ngan iliya

abah rindu sungguh kat iliya.. huhu. tak sabar dh nak tgk anak.. dh sminggu x tgk anak.agaknya dh bulat (umie dia ckp!!).. mak mertua pun ada kt rumah, xsabar gak nk jumpa..hehe...

"lalala... riang hatiku.."

Rabu, 25 Mac 2009

Perhimpunan Agung UMNO

'Semoga Perhimpunan ini memberikan keinsafan kepada seluruh Ahli UMNO'. Kepada pemimpin, jgn sekadar bergegar berhujah di pentas, tapi hambar di padang lawan.. hambar jua dlm ruang lingkup masyarakt.... Tiada guna mebnagunkan jutaan bangunan bersifat intelek, kalau kerendahan hati dlm kehidupan bermasyarakat tidak dituai bersama.. "

Rakyat mengiktiraf, malah menyanjung tinggi budi pekerti dan janji yg ditunai,yang bukan berlandas kpd ingin menunjuk2, nampak hebat hanya di dewan!! Dekatkan diri dengan pengundi, selesaikan masalah mereka semaksimum mungkin.. bukan sebaliknya, susah sgt nak bersua muka..

sekadar nasihat sesama insan, yg cinta kan kedamaian, bencikan perbalahan,suka perdamaian, bencikan perbalahan,

Peneliti hari pertama perhimpunan Agung UMNO

'Dahulukan kebajikan rakyat", " Kurangkan bercakap, banyakkan bertindak dan berbudi", & "Diri dekat, Hati erat"

Selasa, 24 Mac 2009

Kasih sayang kita dari Maha Pencipta

Buat yg tersayang & Sahabatku sekali,

kasih sayang yang kita benih sedari kecil hingga lh ke saat ini (Alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk bernyawa), kasih sayang antara kita hanya lah pinjaman dari Allah untuk kita lebih mengeratkan hubungan pd ketika masih hidup di bumi ini. Kesucian kasih sayang antara kita, sudah tentulah Lambang Kesempurnaan kasih sayang Allah.

Kasih Allah pd Muhammad saw, sehingga meletakkan 'kamil' dan diangkat darjat Nabi, jauh dari dosa jua jauh dr terdetik dr dosa. Penyempurnaan cinta adalah menyempurnakan siapa yang dicinta. Begitu lah hakikat, cinta sesama manusia dan insan, berusaha lah untuk memberi cinta, bukan untuk memiliki, berusaha lah untuk memberikan kebaikan dan dekat dengan kesempurnaan kepada siapa yang dikasihi dan dicintai (kerna kesempurnaan hanya milik Allah, dan Rasul adalah insan hampir sempurna).

Insan berangkat dari pelabuhan hati yang kosong dan gersang, ke satu arah yang makin hari makin terisi oleh segala macam pengisian. antaranya yg paling utama dan pertama adalah titik ' god spot' atau ' gos contiousness' dalam hati manusia. Walau apa jua agama yg ada di muka bumi ini, titik itu pasti ada, Ini lah yg dikatakan sebagai cinta agung yg sentiasa meletakkan 'god contious' sbg benteng kukuh dr melakukan perkara yg menyimpang. Sudah pasti, cinta insan, dtg dr cinta Allah yg maha agung!!

Buat sahabat dan adik2, kini semakin hr semakin manusia khayal dlm noda cinta. Jarang sekali cinta yang tidak bersua muka, tidak berhayun tgn, tidak menyentuh antara bukan muhrim, dihargai dan dirindui. Sebaliknya, kalau bersentuh, dikata 1 kelebihan dan keistimewaan...Wanita suci, wanita yg mengharamkan lelaki bukan muhrim menyentuhnya.. wanita sempurna adalah wanita yang sentiasa bersujud hatinya pada Rabb Jalil dengan bercita2 utk memiliki cinta lelaki yang abadi pd lunas-lunas kebaikan dan ketaatan. Cinta rakus adlh cinta gila yang sentiasa melihat kpd kepuasan sementara, kenikmatan yang cuma beberapa detik,, terpulang.. tepuk dada, tanya IMAN..

Bangunkanlah bibit-bibit cinta yg diredhai, bagai Muhammad membajai cintanya bersama Khadijah dan Aisyah, Cinta Adam dan Hawa, Zulaikha dan Yusof..
Remaja yg sedang bergelora, jgn sempitlah istilah cinta.. cinta abadi, cinta Rabbul Jalil.

Sekian,sekadar falsafah cinta..

Isnin, 16 Mac 2009

Alhamdulillah

Salam kasih buat semua

Kelahiran dan Kehadiran anak pompuanku "Salam Kamilia Awatif" pada 12 Rabiul Awal bersamaan 9.3.2009 (Isnin) disambut dengan penuh rasa kerendahan hati dan kesyukuran.

Alhamdulillah atas segala kesempurnaan dan anugerah dari Allah ini. Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad saw, tarikh ini sama dengan tarikh kelahiran nabi,, hari pula jatuh pada hari Isnin,, bertambah kesyukuranku padaNya..

Isteri juga Alhamdulillah, sihat Walafiat..terima kasih tidak terhingga buatmu sayang!! sEmoga kita lebih bahagia dan bersama buat selamanya..

Apa pun, anak adalah amanah besar dari Allah, dia bagaikan kain putih yang menanti bagaimana agaknya corak yang akan dilakarkan kedua ibubapanya.. banyak sekali doa2 yang dianjurkan, panduan mendidik yang diajar agar anak kita menjadi anak soleh, beriman dananak yg berbakti kepada kedua ibu bapa,, begitu jua lah harapan ku pada anak yang dilahirkan,, InsyaAllah, semoga Allah membimbingku dan isteriku dalam mendidik anakku ini..

"Anak2 adalah permata buatmu... sayangilah dengan didikan yang baik, asuhilah dengan tuturkata yang baik, bimbingilah dengan tindakan yang baik..."

semoga ILIYA sihat dan ceria selalu dengan Umie di rumah... weekend ni abah balik,, ;-), sayang Iliya!!

Selasa, 3 Mac 2009

BersabarLah sayanG!!


bersabar lah syg ku... semoga diMudahkan seGalanya...
Aminnnnnn
"Now, the season begin!!"


bosan ngan isu sms

kdg2 aku bosan gak ngan isu2 semasa kat media skrg... iye la.. semacam dh takde isu lain dah..
dan sgt best bila dpt baca komik + mjlh hiburan.. huhu...tengok kes norman + mimey... kes artis / selebriti kawin express..huhu (ye la.. mana taknye, at least, boleh gak kuar dr kemelut politik dan perbalahan semasa)!!

Alhamdulillah, hari ni dh siap satu kertas perbentangan, kerjasama ngan pensyarah aku,,, huhu.. cam bangga gak la.. tp yg merisaukan, aku ke yg kn bentang kat seminar tu nnt??? huhu.. berdebar perut gak la... SEMANGAT2!! Maklum la, br setahun jagung dlm dunia penulisan, banyak yg xth, perkara biasa dlm hidup sebelm melangkah lebih jauh.

"sEbenarnya seMangat Lair dari Kita, diri Kita dan Diri Org di sekeLiling Kita,, pemberi semanGat yg Maha Agung, sudah Tentu satu2nya Allah Maha Kuasa.. " Aku hidup berpaksi semaNgaT dan Doa, berSulam Azam, dan kesunGguHan..TerusKan dan Percaya DenganNya yang Maha Pemudah Jalan bg yg BerusAhA...""

Salam buat semua sahabatKu...

Ahad, 15 Februari 2009

Economic Outlook

Currently, our economy and financial condition does not look stable. The economic environment is not so strong and it seems like it cant continuing to meet the contractual obligation.

People, we need an external assistance. We need more market participants. Economic is not creates suitable environment for businesses to undertake their activities. The economic growth was so slow.

People, please think diligently, wisely. Again, blogger want to said, stop talking about politics, Start thinking on Economy... Please... I bag U!!

Rabu, 11 Februari 2009

KBMC

sWeet and Bad Memory in KBMC... wow!! such a marvelous and wonderful experience for the first time u enter KBMC... Haha... my wife as well,, fell so funny!!!

Selasa, 10 Februari 2009

PILIHANRAYA ISRAEL

Bila disiarkan berita pasal pilihanraya Israel di akhbar2 tempatan, rasa meluat dengan berita tu pun ada gak. Sebabnya.... Adui!! pada blogger lh,, mals dh nak layan dan ambik tahu tentang apa saja berkenaan israel,, cukuplah dengan pembunuhan dan kekejaman yag dilakukan mereka terhadap rakyat palestin dan org2 islam di negara2 lain.

Pembunuhan wanita, kanak-kanak dan org2 awam yang lain amat memeritkan untuk dilihat dan dibayangkan. Israel tak patut dilayan, malah di ambil tahu kisah mereka. Tak usah diberikan layanan dan khabar berita tentang mereka. MEMBOSANKAN, MENYAMPAH DAN MELUAT!!

Buat anak2 anak didik blogger, blogger selalu cakap, Israel tak akan redha dengan kita sampai bila2. In fact, dalam Al-Quran pun ada diterangkan tentang kejahatan mereka. Allah mengutuk mereka, apatah lagi kita sebagai umat Islam. Semestinya lah berpegang pada tali dan janji Allah untuk sama2 menjauhi mereka walau dengan apa cara sekalipun.

Buat rakyat Palestin, sekali lagi blogger doakan kalian selamat dan sejahtera di sana. Walau berat ujian ini, anggap lah ini sebagai ujian dari Allah yang ingin melihat hambanya lebih tabah dan lebih mendekatkan diri padaNya. Iye la,, kata orang, kalau tak ditimpa kesusahan, jarang la kita nak ingat Allah.. kalau ada kesusahan, maka Allah yang pertama kita Ingat...

Bersabarlah, dan terus berdoa agar diselamatkan saudara seislam di sana..

Isnin, 9 Februari 2009

teaching and teaching again!!

I always believe that teaching is about making some kind of dent in the world so that the world is different than it was before. This belief has been my goal and I constantly practice teaching towards achieving it. I continually ask myself the most fundamental question of all- What effect am I having on students and their learning?Answering this question has not been an easy task for me, and I really doubt if I could ever find an accurate answer to that question.
Since I am involved in business professions educations and teaching finance in particular, I have developed my conception of teaching and learning in the context of my students learning styles.
For me, my teaching philosophy evolved because of my direct experience and involvement in engaging my students to commit to learning. And being part of their learning process, I somehow witnessed students who successfully overcame the challenges of learning while seeing quite a few having experience difficulties and frustrations. It is in these opposing effects on students’ learning that significantly shaped my basic premises about teaching and beliefs in the process of learning.

So what are these premises and beliefs about teaching and learning???

PENANGAN POLITIK ; MANA NAFSU? MANA AKAL? MANA PROFESIONAL?

Penangan politik hari ini adalah antara yang paling memberi kesan dalam senario semasa negara. Kalau sebelum ini tidak pernah terdengar ada 2 MB bekerja dlm satu masa dan Sultan disanggah sedemikian rupa. Namun tidak hari ini. Rakyat kita semacam sudah hilang hormat pada Sultan dan Raja. Emosi melampau sehinggakan sanggup maruah diri, agama dan negara tergadai.

Dalam persekitaran hari ini, agaknya segelintir dari orang2 kita suka kepada Demonstrasi melampau. Suka kepada keadaan kucar kacir. Malah mereka yang menganggap diri sebagai profesional dan matang juga hanyut dengan bisikan emosi yang banyak mengajak kepada perkara2 yg tak patut. Bila dikatakan mereka semacam dirasuk, melenting tak pasal2. Malah banyak pulak cerita yg kuar dari mulut mereka, kononnya menjaja yang orang itu yang salah dan orang ini yang salah.

"Kenapa tidak menasihati pemimpin, agar turun padang, mengajak fanatik agar jgn buat benda2 yang tak patut dan memalukan??
Biarlah tindakan tu secantik apa yang ditunjukkan secara zahir dan dianggap oleh orang lain..!!"
Malah, terus2an 'membawa mulut' setiap kali mengulas isu yang dipaparkan dalam akhbar2 tempatan. Kalau sekadar nak mengutuk dan menyokong perkara2 yang bacul dan tidak profesional, baik jgn baca la apa yg ditulis. Lebih baik diam dari mengeluarkan perkataan yang nampak sangat yg u tu tak professional. Kadang2 tak sesuai ngan imej yang dibawa.
Rupanya banyak yg boleh diulas dengan pengan politik semasa. Telah nampak siapa yang tak profesional dan siapa yang berjuang ikut emosi dan pemikiran yang kurang waras.
"PROFESIONAL ADALAH SEBENARNYA PROFESIONAL. BERMULA DARI SEKECIL PERKARA SAMPAI KPD SEBESAR2 PERKARA. EMOSI ADALAH PERIBADI. BAHAGIA SUNGGUH APABILA BERTINDAK DENGAN EMOSI.. PUAS DAN AMAT PUAS!! NAMUN, BIARLAH IA BERLAPIK DENGAN ADAT DAN SUSILA, AGAR KEPUASAN ITU TIDAK MENJADI HINA DI MATA ORANG YANG MEMANDANG."

Ahad, 8 Februari 2009

LOVE MALAYSIA FOREVER


MALAYSIA IN PEACE

politiking n economy uncertainty!!!

salam buat semua
boleh di katakan, sepanjang minggu lepas n minggu ni org duk sibuk dengan isu di perak. Tak terkecuali lah dengan aku.

Dan kurang skali org bercakap pasal how to reduce the economic downturn. Risau gak dengan keadaan sekrang yg dah makin banyak kilang2 tutup, banyak retrechment berlaku.. company yg mula kurangkan waktu operasi n etc. Bahaya keadaan tu..

So, apa kata kita yang educated ni, kurangkan bercakap pasal politik, n start thinking on how to reduce the economic distress.. bukan nak pinggirkan isu politik, sekadar mengingatkan krisis ni jugak penting untuk dihighlight kan...

Ahad, 18 Januari 2009

student ngah test!!

salam buat semua especially to all my students here.. suka plak tengok korang wat test..serius semacam je.. anyway, sy doakan kalian semua, semoga boleh jawab soalan2 mudah tu ngan jayanya.. hehe. jgn ada lak pas ni ada yg dtg meminta belas,, maklum la,bukan tak nak layan, tp sy ni mudah sgt belas kesian,, especially kat anak2 murid sendiri,, pe pun, wat elok2,, moga berjaya semuanya..
satu lagi, tahniah la kat Meet Uncle Hussin (MUH) coz menang semalam, walaupun ambe tak la minat pun kat lagu yg cam pelik tu..huhu..
buat isteri tersayang yang bersendiri di rumah, tunggu kepulanganku..hehe. somethin' surprise waiting for u!!

Isnin, 5 Januari 2009

kepenatan

kdg2 bersungut jugak hamba ni ye!! maklum la... penat gak daily travel ni..huhu.. tapi ape boleh buat,tanggungjawab dan amanah... tunaikan jugak la.. semoga ada keberkatan dalam keje